Sunday, March 15, 2009

Hujah PAGE Lawan GMP

Menurut PAGE, GMP berpendapat Bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari melalui PPSMI. Namun PAGE tidak bersetuju dengan pendapat GMP dan beranggapan bahawa murid-murid memang boleh mempelajari Bahasa Inggeris melalui PPSMI.

Menurut PAGE, Bahasa Inggeris merupakan Lingua Franca dunia Sains dan Matematik. Ini bermaksud bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantara antara dua orang yang berlainan bahasa ibunda apabila membincangkan hal-hal berkaitan Sains dan Matematik ataupun bahasa yang unggul dalam sesuatu bidang. Namun demikian, kami percaya bahawa takrifan yang awal lebih tepat dalam konteks PPSMI. Walaupun, Bahasa Malaysia merupakan lingua franca di Malaysia ia bukan lingua franca dirantau Asia Tenggara. Kalau kita teliti secara objektif, Bahasa Melayu yang dianggap lingua franca di asia tenggara juga tidak ada piawaiannya kerana pengistilahan yang bereza dalam kalangan penuturnya. Oleh yang demikian, hanya nama Bahasa Melayu sahaja yang sama, pada hal bahasanya memang berbeza. Berbanding dengan Bahasa Inggeris, yang kesemua penggunanya mempunyai pengistilahan yang sama. Atas sebab tersebut kebanyakan ahli Sains dan Matematik lebih cenderung dalam menggunakan Bahasa Inggeris apabila menerbitkan bahan ilmiah berbanding dengan Bahasa Lain.

Dalam PPSMI, murid-murid dapat mempelajari kandungan pelajaran Sains dan Matematik disamping mempelajari Bahasa Inggeris. PPSMI memberi ruang kepada amalan pedagogi yang merupakan pendekatan pragmatik bagi murid-murid mempelajari “Scientific English” disamping memberikan pendedahan kepada “Conversational English”. Jesteru itu, murid-murid yang telah melalui program PPSMI lebih sebati dengan pengistilahan Lingua Franca Sains dan Matematik antarabangsa.

Memandangkan penyokong GMP yang kebanyakannya tidak menggunakan ilmu “science dan mathematics” yang mendalam tidak mungkin dapat menghayati isu ini. Oleh itu, mereka tidak mempunyai “local-standi” untuk komen mengenai isu ini! Mereka harus pohon penemuan dengan pengurusan tertinggi KPM untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan PPSMI. Kami yakin selepas penemuan tersebut rakan-rakan GMP tidak lagi perlu untuk mengadakan perarakkan beramai-ramai dijalanan!

1 comment:

  1. Ya betul kata u, kalau ada masalah, jumpalah dengan yang berkenaan untuk berbincang bukan berarak dijalanan! Demostrasi dan tunjuk perasaan bukan budaya Malaysia. Kalau dah berbudaya barat, jangan pura-pura nak perjuangkan hak kita! Kita tidak perlu boneka berjuang untuk kami!

    ReplyDelete