Saturday, March 21, 2009

Kajian-kajian PPSMI

Banyak telah diperkatakan berkaitan dengan Kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh PEMBINA, GAPENA serta universiti tempatan. Namun semuanya diketuai oleh pakar-pakar bahasa. Maka mereka hanya mampu lihat dari aspek bahasa SAHAJA. Mereka ini juga tidak pernah terlibat secara mendalam dalam bidang sains dan teknologi, jesteru itu tidak dapat menghayati kepentingan menguasai Bahasa Inggeris sebagai Lingua Franca antarabangsa dalam kalangan ahli-ahli sains! Andaikan bahawa kajian tersebut benar-benar tidak wujud pra-sangka dan hanya bertujuan untuk penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan. Kami masih tidak yakin dengan dapatan kumpulan-kumpulan ini kerana ranking IPTA kita juga telah merosot. Kalaulah mereka ini pakar sangat dalam bidang pendidikan kenapa ranking IPTA mereka jatuh? Kalaulah ranking mereka pun mereka ini tidak dapat jaga dan perbaiki apakah mereka boleh sumbang terhadap pendidikan di negara ini? Adakah mereka ini berwibawah untuk membantu KPM? Kami percaya mereka juga banyak mengkaji dan menanbahbaik IPTA masing-masing berdasarkan kajian mereka, seperti perpatah melayu, usaha mereka ini bagaikan "Tikus membaiki labu". Dapatkanlah pendapat daripada mereka yang benar-benar terlibat dalam perkembangan sains dan teknologi diperingkat antarabangsa! Kami percaya memang terdapat ramai dalam kalangan profesor kita di IPTA yang pakar! Jangan pula pakar bahasa nak komen pasal pembelajaran sains!

Selain itu, kesemuanya menyatakan bahawa Bahasa Inggeris mematikan minat murid untuk mempelajari sains dan matematik, namun adakah itu penyumbang utama? Bukankah galakkan ibu bapa dan masyarakat itu juga memainkan peranan dalam minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Sekiranya, suasana persekitaran seseorang murid tidak memperlihatkan yang sains dan matematik itu penting dalam kehidupan mereka, maka minat mereka secara automatis akan berkurangan. Jadi jangan salahkan dasar sahaja, kaji elok-elok sekiranya nakkan suatu kajian yang sah. Berkaitan dengan kepakaran guru, kita tidak boleh nyatakan bahawa guru kurang kompeten dalam menyampaikan mata pelajaran Sain dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu alasan untuk memansuhkan dasar tersebut. Kalau kita berbuat demikian, kita seandainya menyatakan bahawa kalau doktor kita tidak dapat mengubati kanser, maka kita semua tidak boleh menghidapi penyakit kanser! Ataupun kalau polis kita tidak dapat mengajar penyamun kerana penyamun boleh lari dengan pantas, maka kitaperlu pastikan penyamun tidak lari pantas. Kita patut pastikan polis kita boleh lari lebih pantas daripada penyamun supaya mereka boleh tangkap penyamun. Jesteru itu, kita perlu pastikan guru-guru kita lebih cekap mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Lantaran itu, IPTA yang menghasilkan sebilangan besar guru Sains dan Matematik mestilah lebih cekap berbuat demikian, terutama nya UPSI!

Tanyalah mereka yang terlibat dengan industri dan syarikat-syarikat swasta. Bilangan graduan IPTA yang tidak fasih dalam Bahasa Inggeris khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi berjaya mendapatkan kerja dan berjaya dalam kerjaya mereka? Kita tidak boleh teruskan dasar kouta yang menghendaki syarikat-syarikat kita memberikan keutamaan kepada graduan tempatan kita walaupun mereka kurang kompeten untuk berkomunikasi dengan rakan dagang antarabangsa kita kerana ini telah sedikit sebanyak menjejaskan prestasi dan daya saing syarikat-syarikat tersebut dalam arena antarabangsa!

Jangan lupa perpatah melayu "Berdayung-dayung ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang ke kemudian!" Jadi biar pun susah untuk kita mendidik anak-anak kita Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kita harus laksanakannya supaya mereka lebih berdaya saing di arena antarabangsa pada masa depan.

2 comments:

  1. Dapatan kajian PEMBINA dan GAPENA tu memang dah dimanipulasi mengikut apa yang mereka mahu dan tengoklah siapa yang terlibat dalam kajian tu? Dicadangkan supaya mereka ni buat kajian bernas mengapa orang Melayu saja yang bodoh pergi buat demostrasi di jalanan dan berperangai macam beruk mat yeh!

    ReplyDelete
  2. Dapatan boleh dimanipulasi! Inikan pula sudah terangan PEMBINA dan GAPENA nak dapatan seperti yang mereka mahu..versi GMP.Untuk GMP tolong buat kajian mengapa orang Melayu saja yang bodoh pergi buat demostrasi jalanan dan perangai macam beruk mat yeh?

    ReplyDelete