Berbalik kepada hujah GMP bahawa negara-negara maju seperti Jepun, Perancis dan German boleh berjaya dengan bahasa mereka. Tahu pun, itu negara-negara maju dan bukan negara membangun! Mereka merupakan negara-negara yang menjadi pelopor kepada tekonologi dan bukan sekadar pengguna teknologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat untuk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.
Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.
Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.
Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi ... malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yang mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.
Selain itu, bahasa ibunda di Jepun, Peranchis dan Jerman adalah homogeneous bukan seperti di Malaysia ini. Mari kita sama-sama teliti Bahasa Melayu di Malaysia dan Bahasa Ibunda di Malaysia! Murid-murid Melayu di Kelantan, Johor, Kedah, Sabah dan Sarawak mempunyai Bahasa Ibunda yang sangat berbeza. Malah, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri pun tidak faham bahasa ibunda mereka. Jadi persoalannya adakah wajar Kementerian Pelajaran mengajar murid-murid ini menggunakan bahasa ibunda mereka? Ataupun mereka ini terlalu minoriti dan patut di ketepikan?
Memang tidak dinafikan bahawa Bahasa Malaysia boleh menjadi bahasa sains dan teknologi, namun kita perlulah bersabar dan menunggu saatnya apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi dan mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru, kita akan dapat pengiktirafan antarabangsa yang kitalah bangsa yang terunggul dan secara tidak langsungnya bahasa kita akan menjadi Lingua Franca bidang tersebut. Kita juga akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari Bahasa Malaysia untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, Bahasa Malaysia akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia. Sekiranya tidak kita hanya syok sendiri sahaja. Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.
Ramai dalam kalangan warga Malaysia kurang yakin dengan keupayaan Negara kita. Misalnya tidak ramai rakyat Malaysia yakin yang pemain badminton lelaki dan perempuan negara boleh menduduki tangga teratas dalam ranking dunia. Pada satu ketika dahulu, kita hanya bergantung kepada jurulatih tempatan sahaja, namun tidak mendatangkan hasil, setelah beberapa tahun mendapatkan khidmat juru latih asing, kualiti badminton negara mula menyerlah dan setelah semuanya kukuh, barulah program latihan diambil alih dan ditambah baik oleh jurulatih tempatan. Keputusan skuad kebangsaan nampaknya telah berjaya menjadi antara negara yang digeruni oleh gergasi-gergasi badminton dunia. Sama sahaja bagi program PPSMI, kita patut biarkan murid-murid pelajari dalam bahasa Inggeris sehingga kita berupaya mendahului teknologi. Untuk menjayakan PPSMI pula semua pihak perlu berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kaca mata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.
Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Kita semua perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

Saudara, saya amat setuju dengan penulisan saudara. Kita perlu utamakan pencapaian negara kita dalam bidang Sains dan teknologi terlebih dahulu kemudian barulah jadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa antarabangsa. Sebaliknya kalau kita hendak jadikan Bahasa Malaysia bahasa antarabangsa kita akan gagal bagaikan letakkan kereta lembu di hadapan lembu!
ReplyDeleteMungkin blog ini boleh mengambil posting dari Tun Mahatir untuk diletakkan di sini.
ReplyDeletehttp://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more
sekian
Seperti yang kami nyatakan dalam blog kami, memang benar bahawa Bahasa Ibunda di Malaysia tidak boleh dibandingkan seperti Bahasa Ibunda di Jepun, Peranchis atau Jerman kerana di sini, bahasa ibunda memang berbeza. Bahasa Malaysia hanya merupakan Lingua Franca di Malaysia! Jadi saya harap pembaca sekalian supaya dapat bezakan antara Lingua Franca dengan Bahasa Ibunda!
ReplyDeleteSaudara, cadangan saudara memang relevan sekali dan perlu dipertimbangkan dengan teliti oleh pihak kerajaan. Saya berharap Kerajaan tidak akan berlembut dengan GMP kerana mereka memang tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia. Dato' Dr Hassan hanya mewakili beberapa orang yang tidak mengenali keperluan untuk pembelajaran sains dan teknologi!
ReplyDelete